Alumni

PENGENALAN


Seminar ini merupakan ruang untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar Pascasiswazah untuk membentangkan hasil penyelidikan berkaitan bidang Hubungan Industri dan Pekerjaan. 

Universiti Malaysia Sabah (UMS) merupakan antara universiti yang menawarkan program pengajian dalam bidang Hubungan Industri yang bersifat menyeluruh dari pelbagai disiplin ilmu. Antara bidang tersebut adalah berkaitan keseluruhan aspek hubungan pekerjaan dengan majikan, Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Konflik Pekerjaan dan Kajian berkaitan Perburuhan.

Oleh itu, adalah diharapkan agar seminar ini dapat meningkatkan kualiti penyelidikan dalam pelbagai aspek Hubungan Industri. Pada masa yang sama, hasil perkongsian antara pelbagai pihak berkepentingan akan menyumbang kepada keharmoniaan dalam perhubungan perusahaan di Malaysia.